Sasaran 2017

The new year stands before us, like a chapter in a book, waiting to be written. We can help write that story by setting goals. – Melody Beattie

Sudah menjadi kebiasaan untuk ada “New Year’s Resolution” setiap tahun baru.  2016 telah pun berakhir dan 2017 menjadi permulaan baru.  Aku tidak pernah menetapkan apa-apa sebelum ini kerana aku well aware yang aku sudah semestinya tidak akan follow through.

2017 aku akan mencuba untuk menetapkan beberapa sasaran yang aku akan cuba selesaikan sepanjang tahun ini.  Sasaran aku tidak semestinya akan mengubah kehidupan aku kearah sesuatu yang berlainan ataupun baik.  Tetapi sekadar apabila berakhirnya 2017, aku dapat lihat balik apa yang aku capai.

Tanpa sasaran sudah semestinya tiada apa-apa percapaian.

Sasaran aku very much personal, tetapi aku decide untuk menulisnya di dalam blog ini supaya ia menjadi pendorong untuk aku memastikan aku capai apa yang disasarkan.  Jadi kita mulakan

Kembali aktif berblogging

Agak fitting untuk aku mula kan kembali blog dengan menulis yang aku akan cuba untuk kembali aktif berblogging.  Aku tidak pasti sama ada dunia blog masih aktif seperti tahun-tahun dulu, tetapi aku akan cuba untuk menulis sekurangnya dua penulisan dalam seminggu.

Again, ia akan menjadi personal blog.  Kemungkinan besar tiada apa yang menarik.

Sasaran: 100 posts sepanjang 2017

Menonton sebanyak mungkin filem

Tahun ini aku menonton sebanyak 65 filem secara kesuluruhan, 52 adalah filem yang dikeluarkan pada tahun 2016.  Nampak banyak tetapi pada masa yang sama aku rasa banyak yang aku terlepas terutama filem tempatan.

Tahun ini aku akan cuba sedaya mungkin untuk tidak membaca sebarang ulasan dan pergi tengok secara blind, supaya aku boleh menilai sendiri.  Bagi aku bila baca ulasan sebelum menonton kau akan menonton dari mata penulis ulasan tu bukan dari mata sendiri.

Sasaran: 60 filem tahun 2017 + 30 filem tahun lain

Lari dan Lari

Bagi aku 2016 adalah tahun paling rajin aku berlari bahkan aku pertama kali menyertai event larian.  Secara keseluruhan aku lari sejauh 150km sepanjang tahun.

Untuk tahun ni aku akan cuba untuk double that.  Tahun lepas banyak bulan yang aku lansung tidak berlari, jadi tahun ni aku sasarkan sekurangya 25km setiap bulan.

Sasaran: 300km sepanjang 2017

Baca Buku

Aku mengaku setiap tahun aku tetapkan di Goodreads yang aku akan baca sekurangya 10 buku setahun, tapi 2016 aku habiskan 2 buku sahaja.  Tahun ni dengan harapan aku tambah jumlah larian, jadi bertambahlah masa untuk dengar audiobook.

Harapanya sebulan satu buku.

Sasaran: 10 buku sepanjang 2017

Menyiapkan koleksi-koleksi cerpen tulisan sendiri

Berbanding sasaran-sarang di atas, sasarang ni yang aku paling nak dan yang aku rasa paling susah untuk capai.  Menulis merupakan minat aku dari dulu tetapi pada masa yang sama aku tidak pernah cuba mencari masa untuk menulis.

Jadi dengan aktif semula berblog, menonton lebih banyak filem dan membaca lebih banyak buku aku akan cuba menulis my own story.

Sasaran: 7 Cerpen sepanjang 2017

5 sasaran aku diatas akan menjadi guide untuk aku menjadikan 2017 lebih baik dari 2016.  Dari semasa ke semasa aku akan update dengan progress terkini.

Selamat Tahun Baru!

4 thoughts on “Sasaran 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *