Pendidikan

Major function of education is the transmission of society’s norms and values – Emile Durkheim

Aku ada terbaca satu quote, sumber dari mana dan siapa aku lupa, tetapi secara amnya dia berkata “Jika ingin merancang pendidikan, mesti lihat masyarakat yang ingin dibina”.

Dengan kata lain, pendidikan akan menentukan keadaan sesuatu masyarakat.  Bila kita melihat kepada sistem pendidikan sekarang apa yang aku nampak adalah sekadar perlumbaan siapa lebih pandai.  Dari segi nilai lain itu tiada.

Nilai-nilai lain yang sangat penting untuk masyarakat seperti hormat menghormati, cakna kesusahan orang lain dan sepertinya hanya diletakan pada co-curriculum.

Oleh kerana itu masyarakat sekarang termasuk aku banyak lebih menfokuskan kepada kejayaan diri, dan kehidupan sendiri sahaja.  Nilai kemasyarakatan itu tiada.

Sudah semestinya ini tidak applicable kepada semua, kerana ada banyak manusia awesome di luar sana yang meletak kepentingan masyarakat lebih dari mereka sendiri, tetapi yang pastinya mereka tidak mendapat itu dari pendidikan lebih kepada usaha sendiri.

Pendidikan, terutama sekolah rendah sepatutnya memberi fokus lebih kepada hidup kemasyarakatan, ajar anak-anak kecil untuk prihatin dengan jiran mereka, prihatin dengan nasib orang lain.  Bukan sepenuhnya dibazirkan, berapa subject yang dapat A.

Semua ini adalah berdasarkan dari pengalaman aku, yang sudah lama meninggalkan dunia persekolahan.  Mungkin sudah berubah sekarang, mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *