Filem Minggu Ini #2 : The Man From Earth

Aku sepatutnya mengisi beberapa post lain di antara Filem Minggu Ini (FMI) #1 dan #2, tetapi kerana fakir masa dan idea, mostly idea aku tidak menulis apa-apa.  Sekarang dah Ahad jadi terpaksa juga post FMI berturut-turut.

Akan cuba untuk lebih rajin menulis, especially supaya dapat capai target.  Untuk minggu ini aku ingin syorkan movie dari tahun 2007 iaitu The Man From Earth.  Filem ini ditulis oleh Jerome Bixby dan diarah oleh Richard Schenkman.  Mungkin ada yang tertanya, who?  Aku pun sama, kedua-dua orang ni aku tidak kenal dan aku tak rasa popular mungkin sebab itu filem ini ramai yang terlepas pandang.

Aku tidak mahu cerita secara detail apa jalan cerita sebab filem ini menjadi menarik apabila penonton sendiri yang mengalami discovery ataupun revelation.  Filem ini berdurasi 1 jam 30 minit, 90% adegan dalam filem ini adalah perbualan.  Mungkin ramai yang rasa boring kerana banyak bercapat tetapi percayalah the strenght filem ini adalah story telling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *