Filem Minggu Ini #1 : Trilogi Department Q

Filem Minggu Ini, merupakan post mingguan yang aku akan post setiap hari Ahad untuk berkongsi filem yang bagi aku perlu ditonton.  Aku akan cuba untuk mengutamakan filem-filem yang mungkin ramai terlepas pandang.

Minggu ini adalah Trilogi Department Q.

Department Q merupakan siri filem yang berdasarkan novel berbahasa danish yang ditulis oleh Jussi Adler-Olsen mengunakan nama yang sama.  Filem ini juga mengunakan bahasa danish.

Ia berkisarkan mengenai dua orang detektif iaitu Carl Morck dan Assad disebabkan beberapa masalah mereka diarah untuk berkerja secara sementara mengklasifikasikan kes-kes lama yang sudah ditutup.

Dari kes lama, bukan sekadar mengklasifikasikan seperti yang diarah mereka mula mebuka balik siasatan dan sedar yang kes-kes ini masih tidak selesai.  Ketiga-tiga siri filem ini berdasarkan konsep yang sama iaitu mereka menyiasat mengenai kes-kes yang pelik.

Selain dari thriller dan mystery yang ada dalam filem ini, bagi aku yang lebih menarik adalah the cause and the effect setiap jenayah dan juga konsep kemanusia yang sangat well blend dengan cerita.

The Keeper of Lost Causes (2013)

The Absent One (2014)

A Conspiracy of Faith (2016)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *