Happiness

Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.  – Mahatma Gandhi

Minggu lepas PewDiePie ada mengeluarkan satu video mengenai Force Positivity on Youtube, kemudian beberapa hari lepas Casey Neistat juga bercakap topik yang sama dalam videonya I’m not that happy.

Topik ini adalah sangat dekat dengan aku dan aku rasa ramai lagi yang boleh relate.  Kita selalu bercakap mengenai kebahagian, tapi apa itu sebenar kebahagian?

Aku tulis ini tanpa apa-apa perancangan awal, kerana ia lebih kepada membebel berbanding penulisan.  Jadi secara jujurnya tiada apa-apa point yang aku cuba sampaikan melainkan apa yang aku rasa.

Aku tidak bercakap pasal depression, macam disclaimer dari PewDiePie dan Casey Neistat mereka tidak bercakap mengenai medical depression kerana itu adalah satu topik yang sangat berlainan.

Apa yang mereka dan aku maksudkan adalah your everyday life happiness.   Continue reading Happiness

Sasaran 2017

The new year stands before us, like a chapter in a book, waiting to be written. We can help write that story by setting goals. – Melody Beattie

Sudah menjadi kebiasaan untuk ada “New Year’s Resolution” setiap tahun baru.  2016 telah pun berakhir dan 2017 menjadi permulaan baru.  Aku tidak pernah menetapkan apa-apa sebelum ini kerana aku well aware yang aku sudah semestinya tidak akan follow through.

2017 aku akan mencuba untuk menetapkan beberapa sasaran yang aku akan cuba selesaikan sepanjang tahun ini.  Sasaran aku tidak semestinya akan mengubah kehidupan aku kearah sesuatu yang berlainan ataupun baik.  Tetapi sekadar apabila berakhirnya 2017, aku dapat lihat balik apa yang aku capai.

Tanpa sasaran sudah semestinya tiada apa-apa percapaian.

Sasaran aku very much personal, tetapi aku decide untuk menulisnya di dalam blog ini supaya ia menjadi pendorong untuk aku memastikan aku capai apa yang disasarkan.  Jadi kita mulakan

Continue reading Sasaran 2017