Breakfast

Successful people are simply those with successful habits. – Brian Tracy

Pagi aku dibahagikan kepada empat jenis, bangun awal, bangun awal tapi tidur balik, bangun lewat dan baru nak masuk tidur (exclusive untuk weekend).  Kalau time aku bangun awal aku suka pergi breakfast sebelum pergi office.

Breakfast bukan kerana nak makan sebab lapar ke apa, sebab time aku tidur balik ataupun bangun lewat aku boleh je terus ke office.  Aku breakfast sebab masa tu aku ada masa untuk sendiri, dan masa breakfast je lah aku spend masa untuk baca buku.

Kalau aku buat hypothesis aku boleh katakan makin banyak hari aku breakfast, makin banyak buku aku habiskan.

Sedihnya aku jarang bangun awal, atau jarang bangun awal dan tak tidur balik.  Sebab utama, you guess it, or not, sebab aku suka main game sampai lewat malam.

Kalau nak ada harapan untuk complete kan target aku untuk baca 10 buku tahun ni, aku kena bangun awal, kena pergi breakfast.  In other word, untuk create one habit, aku kena ada habit-habit lain dulu.  Life work perfectly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *