Arab

What then is freedom? The power to live as one wishes. – Marcus Tullius Cicero

Aku ada terbaca satu artikel di Malaysiakini, Are Saudis better than Malays?.  Aku tidak dapat baca habis sebab ada paywall.  Jadi aku tidak dapat komen secara penuh mengenai apa yang ditulis kerana aku tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenainya.

Tetapi kritikan orang melayu terlalu ingin menjadi arab ini adalah bukan sesuatu yang baru, ia sering dibangkitkan oleh kalangan liberal, dan argument utama mereka adalah perbezaan antara agama dan adat.

Dalam perihal ni, pendapat aku adalah simple, you can be whatever you want to be as long as you not be a dick about it ataupun Wheaton’s Law.

Kau nak jadi arab, sure, jangan paksa orang lain untuk ikut.

Kau tak nak jadi arab, sure, jangan desak orang untuk tidak.

Look around you, many of the Malays refuse to shake your hand (if you are a woman), refuse to eat in your home (if you are non-Malay), and dress like an Arab. They are probably the by-products of an intolerant Islam. Were the Malays like this in your parents’ or grandparents’ time?

Petikan diatas diambil dari artikel itu, dan ia adalah kenapa aku tidak bersetuju dengan artikel ni.

Adakah seorang lelaki “segan” untuk bersalam dengan perempuan adalah satu sikap intolerant? Sedangkan idea disebalik itu adalah menghormati perempuan itu.

Dengan mengatakan ia satu intolerant secara tidak lansung penulis mendesak orang lain untuk mengikut value dia.

Once upon a time, Malay boys aspired to be doctors, lawyers, artists or engineers. Today, many want to become an ‘ustad’. They have few interests, especially as their parents, and community keep drilling into them the necessity to prepare for life after death.

Malay boys doing just fine, ada banyak “ustad” yang juga seorang doktor, peguam, artis dan engineer.  Bagi aku argument ini sangat shallow.  Terlalu cetek, ikan pun mati.

Aku tidak mahu menulis panjang mengenai artikel ini kerana aku tidak dapat mebaca sepenuhnya, dan aku refuse untuk membayar Malaysiakini selagi mana mereka masih lagi mengunakan teknik “clickbait” yang misleading.

Rumusnya, orang melayu yang ingin mengikut arab adalah kerana cinta mereka kepada Rasulullah, jika aku suka seorang penyanyi, mesti aku akan cuba mengikut pakaian mereka, pemikiran mereka.  Sama juga dengan kes ini.  Dari mereka menjadikan Kayne West sebagai idola, mereka mengambil Nabi mereka, adakah salah?

Betul ada yang melampau, tetapi adakah semua?

Nak jadi arab tidak salah sepertimana tidak salah kita mengikut barat sekian lama.  Pergi kerja setiap hari pakai baju melayu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *