10 Filem Terbaik 2016

Keseluruhan aku menonton 53 filem yang dikeluarkan pada tahun 2016.  Dalam post ini aku akan list kan 10 filem terbaik bagi aku.  Bagaimana aku memilih adalah berdasarkan keseronokan dan kepuasan yang aku rasa selepas menonton.

Ada banyak lagi filem-filem yang dikeluarkan pada tahun 2016 tetapi aku tidak sempat untuk menonton jadi senarai ini mungkin akan beruhabah dari semasa ke semasa.

10 – 10 Cloverfield Lane


Plot yang sangat menarik dan membuatkan aku sentiasa tertanya-tanya siapa yang betul, siapa yang salah.  Bila cerita heading to this one direction, tiba-tiba twist dan kau just clueless.  Performance dari semua pelakon pun sangat bagus terutama John Goodman.

Walaupun di dalam dunia yang sama dengan Cloverfield, ia tidaklah sambungan ataupun berkait.  Jadi boleh tengok walaupun tidak pernah tengok Cloverfield macam aku.

9 – Don’t Breathe


Horror film bukanlah my cup of tea.  Kalau boleh memang aku tidak prefer untuk pergi tengok, terutama di wayang.  Don’t Breathe bukan sepeti filem horror ataupun thrill yang lain, bila kau terkejut kau memang rasa terkejut dan bukan rasa cheap macam sesetengah cerita horror lain.

Kalau tak yakin, just tengok trailer mesti intrigue.

8 – The Girl with All The Gifts


Sebelum aku tengok cerita ni, aku tak baca review, aku tak tengok sinopsis dan aku tak tengok trailer basically aku tak tahu apa-apa pasal filem ni.  Then aku realise yang filem ni adalah zombie.  Terus aku rasa “I hate it already“.

Selepas tengok habis, aku rasa bernasib baik sebab aku tak tengok trailer kalau tak aku mungkin terlepas tengok cerita yang bagi aku mempunyai story telling yang sangat bagus.  Filem yang berdasarkan zombie tetapi ada otak.

7 – Deepwater Horizon


Bagi aku filem ini menceritakan tragedi dengan cara yang tidak rasa typical.  Ada part yang over dramatise, tetapi tiada yang nampak out of place.  Bila filem habis kau dapat rasa magnitude disaster yang berlaku kerana penyampaian yang sangat effective.

6 – Fantastic Beast and Where to Find Them


Secara jujurnya FB tidaklah mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi kerana ia adalah filem baru dari dunia Harry Potter, aku enjoy setiap minit filem ini.  Jika FB tiada kaitan dengan Harry Potter, ia mungkin tidak akan di dalam senarai ni.

5 – Ola Bola


Aku tengok dua filem tempatan tahun ni, Ola Bola dan Munafik.  Aku lupa kenapa aku tengok Munafik, tetapi aku tengok Ola Bola sebab ia sangat berlainan dengan filem-filem tempatan lain.  Selepas tengok to be honest aku rasa bangga yang pembuat filem tempatan mampu menghasilkan filem yang sebaik ini.

4 – Rogue One


Selepas aku tengok The Force Awakens tahun lepas aku just tepuk tangan dalam wayang, nasib baik ada orang lain juga yang sama-sama so tidaklah awkward sangat.  Same thing dengan Rogue One.

Filem Star Wars yang cuba untuk berdiri dengan kaki sendiri tanpa bergantung kepada filem-filem Star Wars yang lepas dan mereka berjaya.  Selepas tengok Rogue One, A New Hope totally rasa lain.

3 – Doctor Strange


Superhero movie dari Marvel yang ada Benedict Cumberbatch.

2 – The Nice Guys


Beberapa minit selepas aku habis tengok filem ni, aku tulis post ni.  Filem ni memang satu kelainan, walaupun sekarang sangat populated (baca poluted) dengan filem-filem berdasarkan superhero, tiba-tiba ada filem yang memang jauh dari tema tu.

Lawak, ada action, rated R, Russle Crowe dan Ryan Gosling, cerita just perfect.  Oh ya, remember the name Angourie Rice, she just amazing.

1 – Your Name


First time aku tengok cerita ni, sebab masa tu aku tengah boring.  So aku tengok next available, ada Your Name.  Google review sikit, nampak macam ok.  Lepas tengok aku literally screming dalam hati “best gila”.

Kemudian aku tengok kali kedua, ketiga dan keempat.  Tak sabar nak tunggu keluar blu-ray aku akan tengok berkali-kali lagi.  Yeah, it is that good.

Konsep filem ni sangat menarik, dan animasi dia cantik.  Dia bermain dengan konsep “cinta” tetapi tidak menjadi terlalu cringgy.  Filem ni definetly akan buat kau rindu dengan watak dan dunianya.  Oh ya soundtrack dia… just wow.

Itu adalah 10 filem terbaik bagi tahun 2016.  Untuk honoroubale mention, walaupun tidak tersenarai tetapi bagi filem-filem ini adalah worth to watch – Trolls, The Fundamental of Caring, Kubo and The Two Strings.

2 thoughts on “10 Filem Terbaik 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *